Bazaar Ramadhan di Tesco, Melaka.





























Seperti di tahun-tahun yang lalu, Busana Azamas Collection tidak akan melepaskan peluang untuk berniaga di bazaar ramadhan di Tesco Melaka (berdepan dengan Bazaar Ramadhan Taman Cempaka). Sememangnya di sini adalah umpama "syurga beli-belah" di musim perayaan terutamanya Hari Raya. 

Kelihatan kunjungan pengunjung-pengunjung semakin bertambah setiap hari dan malam, lebih-lebih lagi kalau dah dekat-dekat dengan Hari Raya. Kebiasaannya 10 hari terakhir ramadhan adalah hari-hari paling sibuk bagi kami melayan pengunjung-pengunjung yang berkunjung ke bazaar kami di N0 5 (dekat dengan tiang besar Tesco).

Anda semua dijemput hadir ke tapak bazaar kami, pelbagai koleksi pakaian serta aksesori bagi wanita, lelaki dan kanak-kanak terjual disini. 

Sempena Hari Raya ini kami bercadang untuk menghabiskan stok-stok kami secepat mungkin dan sebagai menghargai pelanggan-pelanggan kami yang sudah bertahun-tahun melanggan dengan kami, pada tahun ini kami ingin perkenalkan sebuah promosi "Siapa cepat dia dapat..". Harga jangan tanya memang durian runtuh untuk anda semua. Tak percaya singgahlah dulu ya...

Datang jangan tak datang...

sekian terima kasih!



1 ulasan:

  1. Your outlet is featured here: https://www.facebook.com/MelakaTheGuide

    BalasPadam