Selamat Datang ke Busana Azamas Collection




Butik Busana Azamas Di Taman Seri Telok Mas, Melaka.



Assalammualaikum dan salam sejahtera kami ingin ucapkan kepada semua pelanggan dan pengunjung blog kami ini. Alhamdullilah akhirnya niat murni kami untuk mengadakan sebuah blog khusus perniagaan kami akhirnya dapat direalisasikan. Objektif pembinaan blog ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua berita-berita terkini dari kami dan juga koleksi-koleksi terkini yang terjual di kedai-kedai/ butik-butik pakaian kami. 

Untuk pengetahuan semua kami adalah sebuah syarikat yang berkecimpung dalam bidang pengedaran tekstil yang bermutu tinggi, menjual pelbagai jenis jubah, pakaian siap, serta kelengkapan haji dan perkahwinan secara borong dan runcit. Pada masa kami juga menerima tempahan menjahit.

Dan dengan rezeki yang Allah swt berikan kepada kami setelah bertahun berniaga alhamdullilah Busana Azamas Collection telah berjaya membuka 3 buah kedai di negeri Melaka ini. Kedai utama kami berada di lokasi Taman Seri Telok Mas, kedai kedua kami di Taman Seri Duyung dan cawangan akhir kami adalah di Taman Kuala Jaya, Kuala Sungai Baru, Melaka.



Alamat Kedai (1) : 2R, Jalan Seri Telok Mas 17, Taman Seri Telok Mas, 75460, Melaka.



Alamat Kedai (2) : No 5, Lorong Seri Duyung 11, Taman Seri Duyung, 75460, Melaka.



Alamat Kedai (3) : KS 1067, Jalan Kuala Jaya 1, Taman Kuala Jaya, 78200, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Selamat Datang ke Busana Azamas Collection, Melaka.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke semua cawangan kedai kami yang terdapat di negeri Melaka ini. Terdapat banyak koleksi menarik design terkini menanti anda. Tentang harga jangan risau, kalau ada yang berkenan di hati kita runding! InsyaAllah.

Dan insyaAllah kami akan kemaskinikan blog perniagaan ini dari masa ke semasa.

Sekian terima kasih.









3 ulasan: